Sisihan daripada kelimpahan semula jadi Kelimpahan_semula_jadi

Daripada kajian tentang Matahari dan meteorit-meteorit primitif, kini telah diketahui bahawa sistem suria pada asalnya mempunyai komposisi isotop yang hampir homogen. Sisihan daripada purata galaktik (yang berubah) yang disampel secara tempatan sekitar masa ketika pembakaran nuklear Matahari bermula, boleh secara umum diambil kira dengan pemeringkatan jisim (lihat rencana berkenaan pemeringkatan jisim bebas) dan sejumlah terhad pereputan nuklear dan proses-proses transmutasi.[2] Terdapat juga bukti penyuntikan isotop-isotop berjangka hayat pendek (kini pupus) daripada letupan supernova berdekatan yang mungkin telah memulakan keruntuhan nebula matahari.[3] Oleh itu, sisihan daripada kelimpahan semula jadi di bumi biasanya dinyatakan dalam bahagian per seribu (permil atau ‰) kerana ia kurang daripada satu peratus (%).

Satu pengecualian bagi ini terletak di dalam butiran pramatahari yang ditemui dalam meteorit primitif. Ia telah melangkau proses penghomogenan, dan selalunya membawa tanda nuklear proses-proses sintesis nuklear tertentu yang membentuk unsur-unsur butiran ini.[4] Dalam bahan-bahan ini, sisihan daripada kelimpahan semula jadi kadangkala diukur dalam faktor 100.